SK LONG PELUTAN (YBA 4304)Baram, Sarawak

Anugerah Tawaran Baru (NKRA) Tahun 2010
Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Pedalaman Tahun 2009

Sekolah Kebangsaan Long Pelutan, Baram

Setelah sekian lama laman web SK Long Pelutan tidak dikemaskini kerana disebabkan oleh gangguan talian internet di sekolah. Pihak webmaster meminta maaf di atas segala kesulitan disebabkan oleh laman web ini yang tidak dikemaskini.

Pada Tahun 2010, SK Long Pelutan telah mencapai keputusan UPSR 2010 yang cemerlang apabila mendapat 100% lulus serta 2 orang murid mendapat 4A 1B (Enerson Laing & Jackery Basing) manakala seorang murid lagi mendapat 2A 1B 2C (Joshua Balan). Tahniah kepada murid-murid serta staf SK Long Pelutan untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan.

Pada Februari 2011, Guru Besar SK Long Pelutan iaitu Cikgu Raymond Kalang Jok telah menerima anugerah Tawaran Baru untuk Pengetua/Guru Besar di bawah pakej NKRA kerana telah mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2010. Tahniah kepada komuniti SK Long Pelutan.

Pada tahun 2011, SK Long Pelutan telah menerima peruntukan untuk penubuhan Pra-sekolah di mana seramai 14 orang murid pra-sekolah di bawah projek NKRA. Namun pada masa ini, kelas pra-sekolah masih menumpang di pusat sumber sekolah sementara menunggu bangunan pra-sekolah yang baharu siap dibina.

Seramai 12 orang guru dan 7 orang staf AKS serta 89 orang murid memulakan sesi persekolahan tahun 2011.

Guru Besar - Cikgu Raymond Kalang Jok

Guru Penolong Kanan 1 - Cikgu Chali Anak Bundak

Guru Penolong Kanan HEM - Cikgu Bati Anak Aing

Guru-guru:

1) Cikgu Nasir Bin Jusof (Guru Pemulihan Khas & Penolong Kanan Ko-Kurikulum - Lantikan Dalaman)

2) Cikgu Mohd Khairulhisham Bin Mohamad

3) Cikgu Bobera Anak Jabat

4) Cikgu Mohd Aminnullah Bin Mohd Nor

5) Cikgu Noor Azira Binti Seman

6) Cikgu Noor Azida Binti Arzmi (Guru Pra-sekolah - Lantikan Dalaman)

7) CIkgu Mohammad Rafi Bin Dan

8) Cikgu Valerie Lau Kim Chai

9) Cikgu Nick Kelson Anak Johin

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - Cik Roselyn Anak Angang

Penyelia Asrama - Encik John Wan Eng

Pembantu Pengurusan Murid (Asrama):

1) Encik Lawrence Edward

2) Puan Janet George

Pembantu Pengurusan Murid (Pra-sekolah) - Puan Wendy Wan

Tukang Masak:

1) Puan Lina Usat

2) Encik Wan Eng Kalang

Manakala dibawah adalah enrolmen murid SK Long Pelutan Sesi 2011:

Pra-Sekolah - 13 orang

Tahun 1 - 18 orang

Tahun 2 - 15 orang

Tahun 3 - 13 orang

Tahun 4 - 11 orang

Tahun 5 - 10 orang

Tahun 6 - 8 orang

Kedatangan Guru Penolong Kanan HEM (Hakiki)

Pada 3 Mei 2011, SK Long Pelutan telah menerima seorang Guru Penolong Kanan HEM (Hakiki) yang baharu iaitu Cikgu Bati Anak Aing daripada SK Good Sheperd, Marudi. Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kehadiran beliau dan pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan beliau ke sekolah ini.